SAMPAIKAN CERITA INI KEPADA PEMIMPIN KITA.


Saya nak kongsi satu satu 'story' yang diceritakan oleh Ayahanda saya Qassim Yaacob. Ayahanda Qassim Yacob adalah salah seorang penaja UMNO di salah sebuah bahagian di Kelantan.

Kisah 4 ekor binatang BESAR
1. SEEKOR BUAYA - RAJA DI AIR
2. SEEKOR HARIMAU - RAJA DI RIMBA
3. DUA EKOR ULAR SAWA BESAR- Pemangsa dan Penghasut

Cerita bermula apabila Sang BUAYA dan Sang HARIMAU berbincang bagi mencari PENGARUH dan KEKUATAN masing2.

Bermula dengan berbincangan yang baik sehinggalah berlaku perbalahan, ianya berpunca dari sifat TIDAK MAHU BERTOLAK ANSUR.

Setelah dihasut dan didorong oleh sang ULAR MAKA Akhirnya berlaku perbalahan antara BUAYA dan HARIMAU.

HARIMAU ini terkenal dengan jolokan RAJA RIMBA berjaya mengoyakkan isi perut BUAYA yang terkenal dengan jolokan RAJA DI AIR.

Walau menang dalam pertempuran dengan BUAYA, Sang Harimau juga alami kecederaan pada kaki dan badan kerana dilibas SANG BUAYA.

BUAYA yang kalah nampak tidak bermaya manakala Sang HARIMAU yang menang juga nampak keletihan dan banyak habis tenaga.

Dua ekor ULAR SAWA besar yang menonton pergaduhan Sang HARIMAU dan SANG BUAYA menanti saat HARIMAU dan BUAYA betul2 keletihan. Kedua ekor ULAR SAWA yang KELAPARAN hanya menunggu masa untuk mengambil kesempatan.

Maka setelah melihat Sang BUAYA dan Sang HARIMAU betul-betul keletihan, kedua ekor ULAR SAWA bertindak MEMBELIT badan BUAYA dan HARIMAU lalu menelan BUAYA dan HARIMAU.

Di pendekkan cerita, BUAYA dan HARIMAU telah menjadi MANGSA kepapa dua ekor ULAR SAWA yang sangat LICIK.

Cerita ini akan jadi pengajaran kepada saya walau pun saya tidak HARIMAU dan BUAYA.

Kepada pemimpin2 yang membaca cerita saya ini, sama-sama mengambil tauladan.

-Deen Qassim/ Jogho Kelate