BN tak Perlu bertanding di Chempaka


Pandangan segera saya, pandangan ini juga juga bersifat peribadi.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan peribadi Yb Dato' Pa berkaitan Calon BN Tidak Perlu Letak Calon Tanding DUN Chempaka seperti mana laporan Sinar Harian hari ini.

Saya melihat beberapa kebaikan dan positif jika BN tidak letakkan calon di Chempaka.

1. Penghormatan terakhir kepada Mantan MB Kelantan sepertimana PAS menghormati BN tidak meletakkan calon selepas kematian Allahyarham Tun Abdul Razak.

2. Ini sebagai lambang bermulanya PERPADUAN yang merupakan 'wasiat' Allahyarham TG Dato' Nik Abdul Aziz sebelum meninggal dunia.
Wasiat berbunyi "tunggu saya mati/meninggal jika PAS dan UMNO bersatu".

3. Kos PRK yang sepatutnya BN sediakan dan kos PRK SPR boleh salurkan ke Urusetia bantuan banjir atau bleh simpan utk benda lain yang lebih bermanfaat.

4. BN boleh tumpu sepenuhnya pada PRK Permatang Pauh.

5. BN Kelantan boleh fokuskan kepada kerja-kerja pasca banjir.

Saya percaya dengan keputusan tidak meletakkan calon di Chempaka bukan menggambarkan BN kalah tetapi melambangkan KEBIJAKSANAAN DAN KEWIBAWAAN BN itu sendiri.

Islam Adalah Persaudaraan, Politik Adalah Persahabatan
#Kelantan Berhijrah- Untuk Kelantan Yang Lebih Baik

Deen Qassim
Pengerusi
Gerakan Kelantan Berhijrah