CABARAN KELANTAN BERHIJRAH

Kamaruddin Kassim

CABARAN KELANTAN BERHIJRAH

Assalamalaikum semua  

Dipendekkan cerita, update ini mengenai cabaran dalam Gerakan Kelantan Berhijrah dan gerakan ini tujuan untuk mengajak seluruh Rakyat Kelantan melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik. 

Kebiasaannya kalau kita nak berubah atau berhijrah, memang banyak cabaran dan dugaannya. Yang selalu sangat jadi cabaran adalah persepsi orang di sekeliling kita. 

Biasalah bila kita mula nak buat sesuatu yang baru (perubahan yang positif) macam-macam yang kita akan lalui. 

Ada yang memberi galakan dan ada jugak yang seolah-olah memandang serong macam memperlekehkan usaha kita. Ada yang kata kita "play play sahaja",  ada juga yang kata 'ala tengok jelah, sure sekerat jalan je tu'. 

Sememangnya normal kalau kita dapat feedback yang positive dan lebih normal feedback yang negative.

Tapi tak pe... benda biasa jer tu,  anggap saja itu sebagai ujian dariNya. Untuk melihat kesungguhan kita dan keikhlasan kita untuk neneruskan kempen Kelantan Berhijrah ni.

Kelantan Berhijrah ni sebenarnya bukan senang, tapi tak bermaksud susah.

Again, it's about our efforts and also the most important is our nawaitu (niat). That's the most important to be highlight when we are deciding to do anything. Back to basic. It's all about niat. 

Bila kita berdepan dengan ujian sebegitu, pastikan kita tidak bersedih dan mula merasa give up untuk berubah. La tahzan dan Jangan mengalah. Kita tidak bersendirian! Masih ramai yang menyokong. Jadi jangan berputus asa yer.. 

Jadikan itu sebagai satu cabaran untuk kita menjadi semakin kuat. Jangan terbawa-bawa dengan rasa nak give up. Ingat Syaitan selalu berusaha untuk melemahkan kita. 

#KelantanBerhijrah
Ke arah Kelantan yang lebih baik