ANTARA AGENDA GERAKAN KELANTAN HIJRAH IALAH PERPADUAN DAN UNITED.


Kalau Zaman nabi SAW dulu HIJRAH dapat satukan Kaum Muhajirin dan Ansar. Kali ni semangat satukan Pas dan UMNO.

Bila sebut perpaduan bukan bererti PAS dibubar dan ahlinya masuk UMNO dan jadi komponen BN. Atau UMNO bubar masuk PAS.

Maksudnya, Hadi masih presiden, cuma dalam penggabungan dan perpaduan ini, UMNO perlu dengar pendapat PAS. UMNO yang menjemput jadi mereka perlu hormat PAS. PAS pula perlu diberi ruang lebih besar menyatakan hasrat dan harapannya dalam penggabungan. Dalam hal Kelantan, banyak perkara boleh diselesaikan, pergaduhan di akar umbi capai tahap minimum dan ianya akan jadi contoh. Rakyat Kelantan makin harmoni.

UMNO dan PAS perlu bincang bagaimana mahu menjalinkan kerjasama memajukan kedua-dua parti.

Perbincangan pula hanya tertumpu kepada UMNO dan PAS, bukan BN.

Selepas penyatuan itu berjalan lancar baru bincang sertai dalam BN sebagai komponen.

Jika ini dilaksanakan mungkin kepemimpinan PAS bersedia untuk menerima pelawaan UMNO.

Perlu ada jaminan yang jelas dalam penggabungan supaya PAS tahu tanggungjawab dan peranan mereka, begitu juga UMNO.

Saya suka contohkan perkara ini dengan Hasrat dua Syarikat Besar bersatu. Syarikat A dan Syarikat B. Peringkat awal A dan B perlu capai kesefahaman dan samakan agenda. Dan jalankan dengan ikhlas.
Deen Qassim.